Friday, October 29, 2010

Shooting Location | Sebelah Tempat Kenduri

Kesian pada pengantin sebab kalau buat outdoor shooting lepas je sanding tempat pulak tu jauh. Tak pun kesian pada photograper sebab kena kejar masa atau tarikh kalau outdoor buat pada hari lain. Ye la takut tarikh outdoor tu bertembung dengan event lain.

Jadi, kalau sekeliling tempat kenduri tu ada tempat yang menarik, buat outdoor kat situ je. Senang semua pihak. Kat bawah ni beberapa gambar outdoor yang diambil disekitar kawasan kenduri. Ada yang dibulatan jalan raya, taman permainan tepi dewan kenduri dan jika kenduri buat golf club banyak la sikit pilihan tempat yang menarik.
Kkkkkkkkkkkk
kkkkkkkkkkkk
kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
kkkkkkkkkkkkkkkkkk

Shooting Angle | Belakang Pelamin

Angle ni pun menarik juga. Lain dari yg lain tapi tak nampak muka pengantin la. hihihihi .. Yg tengah salam tu mak dan ayah pengantin. Yang tak boleh lupa ambil gambar belakang pelamin ni panas sangat kat belakang tu. berpeluh muka dan badan..



Photoshop | Copy & Paste

Kadang kala selepas kita ambil gambar baru kita perasan yang gambar kita ambil tu ada cacat sikit. Ada bahagian yang menyakitkan mata. Nak ambil lagi sekali dah tak sempat atau tak ada masa dah. Jadi kena la edit pakai Adobe Photoshop. Saya ni tak pakai sangat guna Adobe Photoshop.

Jadi saya guna tool biasa je. Copy and paste.

Saya copy bahagian dan warna yang seakan-akan sama dengan bahagian yang sana nak paste. Saya ulangi process ni sehingga penuh. Hasilnya sepeti gambar dibawah. Walaupun tidak begitu kemas, tapi sekurang-kurangnya lebih cantik dari gambar yang asal yang nampak cacat sikit.


Sebelum

Selepas


P/s: Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti tidak berapa bagus. Sila layari http://www.flickr.com/photos/syahphoto/ untuk kualiti gambar yang bagus.

Big Aperture or Small Aperture

Bergantung kepada keadaan gambar yang mahu kita ambil. Ada yang kena guna aperture besar dan ada yang perlu guna aperture kecil. Tapi macam mana rupa aperture besar atau aperture kecil? Tengok gambar kat bawah ni.

Kalau f2 apaerturenye besar dan kalau f16 aperturenye kecil. Jadi bila aperture nya besar cahaya masuk banyak dan bila aperture kecil cahaya masuk sikit. Sebab tu kalau ambil gambar dalam dewan yang kurang cahaya guna aperture kecil seperti f4, gambar gelap sikit berbanding guna f2.



Selain itu, aperture juga boleh memberi kesan lain kepada gambar. contohnya seperti gambar ini. Gambar ini mengunakan aperture besar iaitu f2.8. Hasilnya mendapat bokeh yang kuat. Gambar duit begitu jelas dan gambar pengantin perempuan dibelakang menjadi kabur.



Begitu juga gambar ini menggunakan aperture besar iaitu f1.8.


Apabila menggunakan aperture besar menyebabkan ada bahagian yang kabur (bokeh), maka tidak sesuai untuk digunakan sewaktu mengambil gambar beramai-ramai kerana akan menyebabkan gambar orang dibahagian tepi menjadi kabur dan hanya gambar orang yang duduk dibahagian tengah sahaja yang jelas. Jadi, aperture yang sesuai adalah menggunakan aperture yang kecil. Memang gambar akan gelap tetapi gambar bahagian tepi akan tiada yang kabur. Jika gambar gelap menggunakan aperture kecil, setting camera kena la ubah sikit. Naikkan sikit ISO mungkin kepada 800. Shutter speed slow kat sikit ke 60 ke..

Seperti gambar kat bawah ni saya guna aperture f4.


Manakala gambar yang dibawah ini menggunakan f2.8 telah menyebabkan wajah orang disekeliling menjadi kabur. Yang berada ditengah dan paling hadapan sahaja cukup jelas wajahnya.


Aperture kecil juga amat sesuai untuk gambar outdoor kerana cahaya terlalu terang. Disamping itu juga untuk mendapatkan warna langit yang kebiru-biruan sepeti gambar dibawah ini.





Oleh itu, apabila hendak membeli lens tidak semestinya memilih lens itu kerana aperturenya paling besar seperti f1.4 ke f1.8 ke atau f2.8. Bergantung kepada jenis dan keadaan gambar yang anda mahu ambil kerana kesan aperture ke atas gambar yang kita mahu ambil adalah berbeza-beza.

Thursday, October 28, 2010

May 2010 Outing With PhotoMalaysia | Model

Gi outing dengan members dari PhotoMalaysia bulan May 2010. Berkumpul di bangunan Daya Bumi, Kuala Lumpur. Tema adalah street photography la. shoot je la apa yg ada sepanjang berjalan-jalan disekitar bangunan Daya Bumi.

Tapi part yang saya suka outing ni last sekali shoot gambar model. hehehehe








P/s: Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti tidak berapa bagus. Sila layari http://www.flickr.com/photos/syahphoto/ untuk kualiti gambar yang bagus.

Guna Flash/Speedlight Di Siang Hari

Guna flash waktu siang pun amat berguna pada situasi tertentu. Antaranya:

1. terdapat shadow dibahagian muka ke, bawah dagu ke....
2. nak guna aperture kecil seperti f8 untuk mendapatkan langit yang biru atau tidak mahu bahagian tepi gambar blur.
3. dan lain-lain lagi.. hehehehe.

Selain flash, boleh guna refektor juga.







P/s: Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti tidak berapa bagus. Sila layari http://www.flickr.com/photos/syahphoto/ untuk kualiti gambar yang bagus.

DIY Softbox

Oleh kerana suatu masa itu amat teringin untuk mendapatkan kesan dari penggunaan softbox tetapi nak beli yg original tak mampu, buat la softbox sendiri.



Bahan-bahan untuk membuat softbox:
1. Dawai
2. kertas hitam
3. kertas putih
4. aluminium foil
5. pita pelekat.

Guna dawai utk membentuk rangka, aluminium foil letak dilapisan dalam dan hitam dilapisan luar. Kertas putih diletakkan dihadapan sebagai diffuser.

Ni sebahagian hasil DIY softbox ku.








Semua gambar tidak di edit kecuali letak frame sahaja.

P/s: Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti tidak berapa bagus. Sila layari http://www.flickr.com/photos/syahphoto/ untuk kualiti gambar yang bagus.

Shoot at Pullman Lakeside Hotel, Putrajaya

Shoot ini dengan meminta jasa baik rakan seperjabat ku dan isterinya di lokasi Pullman Lakeside Hotel, Putrajaya. Ketika sampai sudah hampir nak tengah hari. Cahaya terlalu terang dan langit tidak begitu biru. Timing rasanya kurang sesuai tapi saya cuba sebaik yang mungkin untuk mendapatkan hasil yang baik dengan bantuan Zarin memegang refektor ditengah-tengah panas. Kesian dia.










P/s:
Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti tidak berapa bagus. Sila layari http://www.flickr.com/photos/syahphoto/ untuk kualiti gambar yang bagus.

First Official Wedding Photographer

Ini merupakan langkah pertama saya mengikuti MediaKreatif Photography & Wedding Services menjadi Official Wedding Photographer pada 7 March 2010 di Meru, Klang. Terima kasih pada MediaKreatif Photography & Wedding Services kerana memberi peluang merasai feel & experiance sebagai Official Wedding Photographer dan tunjuk ajar.






P/s:
Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti tidak berapa bagus. Sila layari
http://www.flickr.com/photos/syahphoto/ untuk kualiti gambar yang bagus.

First Official Photography Class

This is my first official photography workshop yang saya ikuti. Workshop ni dianjurkan oleh En. Zamrud pada 25 April 2009 di Putrajaya.

Ini adalah sebahagian dari hasil workshop itu dengan mengunakan lens Nikkor 50mm f1.8.







P/s:
Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti tidak berapa bagus. Sila layari
http://www.flickr.com/photos/syahphoto/ untuk kualiti gambar yang bagus.

Minat Camera DSLR

Minat mula timbul apabila clients saya menunjukkan cameranya dan lens nya pada pertengahan tahun 2008. Setiap kali berjumpa dengannya pasti saya bertanya dan berbual mengenai DSLR. Waktu itu client saya memiliki DSLR Canon 450D. Kagum.

Akhirnya pada hujung tahun 2008, saya telah membeli sebuat camera Nikon D80 kits. Pada asalnya hendak membeli brand Canon 450D seperti client saya tu tapi entah macam mana dikedai camera tu saya boleh berminat dengan Nikon D80.

Hingga kini saya masih memiliki Nikon D80 dan cukup berpuas hati dengan Nikon D80 dari segi quality gambar dan keselesaan memegangnya.