Friday, October 29, 2010

Big Aperture or Small Aperture

Bergantung kepada keadaan gambar yang mahu kita ambil. Ada yang kena guna aperture besar dan ada yang perlu guna aperture kecil. Tapi macam mana rupa aperture besar atau aperture kecil? Tengok gambar kat bawah ni.

Kalau f2 apaerturenye besar dan kalau f16 aperturenye kecil. Jadi bila aperture nya besar cahaya masuk banyak dan bila aperture kecil cahaya masuk sikit. Sebab tu kalau ambil gambar dalam dewan yang kurang cahaya guna aperture kecil seperti f4, gambar gelap sikit berbanding guna f2.



Selain itu, aperture juga boleh memberi kesan lain kepada gambar. contohnya seperti gambar ini. Gambar ini mengunakan aperture besar iaitu f2.8. Hasilnya mendapat bokeh yang kuat. Gambar duit begitu jelas dan gambar pengantin perempuan dibelakang menjadi kabur.



Begitu juga gambar ini menggunakan aperture besar iaitu f1.8.


Apabila menggunakan aperture besar menyebabkan ada bahagian yang kabur (bokeh), maka tidak sesuai untuk digunakan sewaktu mengambil gambar beramai-ramai kerana akan menyebabkan gambar orang dibahagian tepi menjadi kabur dan hanya gambar orang yang duduk dibahagian tengah sahaja yang jelas. Jadi, aperture yang sesuai adalah menggunakan aperture yang kecil. Memang gambar akan gelap tetapi gambar bahagian tepi akan tiada yang kabur. Jika gambar gelap menggunakan aperture kecil, setting camera kena la ubah sikit. Naikkan sikit ISO mungkin kepada 800. Shutter speed slow kat sikit ke 60 ke..

Seperti gambar kat bawah ni saya guna aperture f4.


Manakala gambar yang dibawah ini menggunakan f2.8 telah menyebabkan wajah orang disekeliling menjadi kabur. Yang berada ditengah dan paling hadapan sahaja cukup jelas wajahnya.


Aperture kecil juga amat sesuai untuk gambar outdoor kerana cahaya terlalu terang. Disamping itu juga untuk mendapatkan warna langit yang kebiru-biruan sepeti gambar dibawah ini.





Oleh itu, apabila hendak membeli lens tidak semestinya memilih lens itu kerana aperturenya paling besar seperti f1.4 ke f1.8 ke atau f2.8. Bergantung kepada jenis dan keadaan gambar yang anda mahu ambil kerana kesan aperture ke atas gambar yang kita mahu ambil adalah berbeza-beza.

1 comment:

  1. very good info =). sangat2 berguna untuk insan spt saya yang baru berjinak dengan kamera yang sungguh gedabak saiznya ..hehehehe =).

    ~Vee@Mrs.Nurulazmi~

    ReplyDelete