Sunday, January 30, 2011

Anak buah ku kahwin

Baru-baru ni saya shoot gambar anak buah kahwin kat Tanjung Malim. Nak shoot kat luar cuaca mendung dan kadangkala hujung. Kena pikir cara lain la pulak.

Kebetulan kat situ ada beberapa rumah lama. Jadi, saya dan crew menjadikan rumah lama sebagai lokasi shooting outdoor kami. Untuk menjadikan lebih menarik dan sesuai dengan tema, kami menggunakan 2 buah speedlight untuk kesan cahaya dengan menggunakan Nikon Commander Mode/CLS.

ISO diantara 200 - 400
Aperture diantara f8 - f12
Shutter diantara 1/150 - 1/80
Cuaca agak mendung dan kadangkala hujan
Masa diantara 3.30pm - 5.00pm

Hasilnya seperti dibawah.


















Thursday, November 18, 2010

DIY | Mini Studio For Baby

Kalau nak buat studio betul-betul kos tinggi. Jadi kita buat DIY studio sendiri tapi yang ini untuk baby. Kecil je jadi senang nak buat.

Bahan-bahannya ialah:
1. Lighting
- Speedlight (contoh: SB600)
- Umbrella / softbox
- Stand

2. Backdrop
- 5-in-1 Collapsible OVAL Reflector.



Cara-caranya:
1. Letak la umrella/softbox and speedlight tu kat stand dan pastikan cahaya tu nanti bounce ke arah subject/model kita. Pastikan juga kita meletakkan flash stand tu dijarak yang sesuai agar subject/model kita akan mendapatkan cahaya yang mencukupi.

2. Ambil 5-in-1 Collapsible OVAL Reflector dan gunakan bahagian yang berwarna putih atau hitam. Untuk contoh ini saya guna warna putih.

3. Baringkan reflector separuh dan separuh lagi biarkan menegak untuk mendapatkan lantai berwarna putih dan backdrop warna putih.

4. Letakkan baby anda diatas reflector dan gayakan bayi anda mengikut gaya anda.

Hasilnya seperti ini.



Camera: Nikon D80
ISO: 800 (ada banyak noise)
Shutter Speed: 1/80 sec
Aperture: f11
Focal Lenght: 50mm


Note: Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti gambar tidak berapa bagus. sila layari http://www.flickr.com/photos/syahphoto untuk melihat kuali gambar yang lebih bagus.

Tuesday, November 16, 2010

Shooting Di Tengah Hari | Overexposure

Kadang-kadang kita nak shoot model ke atau senang cakap shoot orang la. Tapi dah tengah hari atau cuaca terlalu panas dan terang benderang. Dalam erti kata lain, cahaya terlalu terang dan kuat. Kalau ambil pun gambar senang nak Overexposure. Terlalu terang atau cerah. Tambah pulak kalau sapa yang duduk kat Kuala Lumpur ni agak jarang dapat lihat langit yang cukup biru seperti di Pulau Tioman atau Langkawi.

Tak akan nak balik rumah atau tunggu petang. Tak pun nak tunggu cahaya matahari gelap sikit. Buang masa je kan.

Jadi, jalan penyelesaiannya kita pergilah kekawasan yang teduh seperti dalam taman, bawah rumbunan pokok-pokok, pondok atau rumah yang nampak unit atau sesuai untuk sesi pengambaran kita. Yang penting kita berteduh dari cahaya matahari yang terlalu terang.

Sebagai contohnya, saya telah mengambil gambar ditaman yang banyak pokok-pokok tinggi yang rendang dan redup. Oleh itu kita tidak perlu terlalu risau dengan pencahayaan yang terlalu terang. Gunakan cahaya semula jadi untuk menerangi model kita.










Note: Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti gambar tidak berapa bagus. sila layari http://www.flickr.com/photos/syahphoto untuk melihat kuali gambar yang lebih bagus.

Friday, November 12, 2010

Wedding Storybook Album | Storyline Or Jalan Cerita

Malam ni cukup bersemangat untuk menyiapkan sample design storybook album perkahwinan Raznul dan Leya. Design dibuat berdasarkan angle dan composition gambar berkenaan. Setiap gambar ada identitinye tersendiri lalu terhasillah sebuah karya seni. Maknanya setiap gambar ada designnye yang tersendiri. Bukan boleh main letak je.

Lihatlah hasilnya.





Setelah dilihat dan dinilai oleh En. Madi dari MediaKreatif Photography, design ini ada kecacatannya. Menurutnya design ini tidak mengikut storyline. Maknanya gambar-gambar yang disusun bercampur aduk senarionya. Kejap di outdoor dan kejap di indoor. Jalan ceritanya tunggang-langgang umpama sebuah filem yang jalan ceritanya tidak tentu arah.

Oleh itu, saya telah membuat design yang baru mengikut nasihatnya. Hasilnya seperti dibawah.



Kesimpulannya, design storybook mestilah mempunyai storyline disetiap pages. Jika storyline tunggang-langgang, maka album itu gagal dalam menceritakan perjalanan kisah-kisah, saat-saat dan babak-babak manis pengantin kita itu untuk mereka kenang selama-lamanya.

Wednesday, November 10, 2010

Wedding Planner Service | Aturcara Majlis

Adakah majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar atau lintang pukang?


Saya kerap melihat suasana dimana perjalanan majlis perkahwinan menjadi kelam-kabut dan tidak tersusun.

Ada satu pengalaman saya dimana saya melihat rombongan pengantin lelaki terutama ayah dan ibu pengantin lelaki telah makan dahulu sewaktu anaknya sedang bersanding di atas pelamin. Pihak atau ahli keluarga perempuan tiada seorang pun yang pergi memberi arahan untuk memberi tahu kepada rombongan pengatin lelaki untuk makan kemudian ketika sesi Makan Beradap bersama-sama pengantin yang tempat yang telah disediakan. Jadi, bila perkara ini berlaku, kurang cantiklah perjalanan masjlis perkahwinan ini. Rombongan pengantin lelaki kena makan sekali lagi bersama-sama pengantin.

Tetapi perkara yang biasa kita lihat adalah pengantin lelaki dan perempuan tidak tahu apa perkara seterusnya yang harus mereka lakukan. Ahli keluarga terlalu sibuk untuk menyambut tetamu, jaga anak-anak yang aktif bermain dan berlari-lari, menjaga makanan dan bermacam-macam lagi dan mungkin juga mereka kurang arif tentang protokol majlis perkahwinan.

Jadi apa yang berlaku adalah pengantin akan teragak-agak untuk meneruskan perkara lain yang menyebabkan pengantin menjadi gusar tentang perjalanan majlis perkahwinan mereka.

Selain itu, susun atur perjalanan masjlis kerap kelihatan longgar. Sebagai contohnya, bermulanya pengantin lelaki melangkah kekawasan rumah atau dewan majlis perkahwinan, kelihatan teragak-agak apa yang harus dilakukan.

Dimana harus pengantin mula berjalan, dimana harus pengantin perempuan harus menunggu, mana kumpulan kompang, mana kumpulan silat. selepas mula melangkah, nak berhenti dimana, nak bersilat dimana, kena ikut laluan mana dan laluan itu ada halangan atau tidak dan bermacam-macam lagi perlu difikirkan dengan pantas.

Sehinggalah menepung tawar. Sewaktu menepung tawar kerap kita lihat apabila MC memanggil ayah dah ibu pengantin untuk menepung tawar, mereka kadang-kadang entah dimana, ahli keluarga entah dimana lalu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut dan tidak tersusun. Akhirnya, timing masa menjadi satu perkara yang utama kerana jika terlalu lama sesi ini, sesi berikutnya seperti memotong kek, makan beradap dan sebagainya menjadi semakin lewat hingga tetamu semakin berkurangan dan pengantin semakin penat.

Oleh itu, kami mempunyai penyelesaian dari bermulanya pengantin lelaki hendak melangkah datang hinggalah tamatnya majlis perkahwinan mereka.

Kami menyediakan perkhimatan menjaga dan memastikan perjalanan perkahwinan anda teratur dan diingati selama-lamanya. Yang paling penting sekali, ahli keluarga tidak perlu kelam-kabut dan lintang-pukang menjaga aturcara dan susun atur majlis perkahwinan ahli keluarga mereka ketika hari persandingan itu.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
Nama: Shah Ahmad
No Tel: 012-280 6431
Email: shaharuddin.ahmad@gmail.com

Kami percaya akan memastikan aturcara majlis perkahwinan anda akan terkawal dan tersusun.

Monday, November 8, 2010

My Flickr Account

Saya telah membuka Flickr account sebagai tempat simpanan koleksi gambar-gambar yang telah saya ambil. Untuk melihatnya, sila layari http://www.flickr.com/photos/syahphoto




Friday, November 5, 2010

Wedding Storybook Album

Hari ni dapat sikit inspirasi nak buat design wedding storybook album. Guna Adobe Photoshop CS4. Sebelum tu try guna Adobe Illustrator CS4 tapi tak pandai sangat. Saiz storybook album ni 10"x 12". Lihatlah hasilnya.