Tuesday, November 16, 2010

Shooting Di Tengah Hari | Overexposure

Kadang-kadang kita nak shoot model ke atau senang cakap shoot orang la. Tapi dah tengah hari atau cuaca terlalu panas dan terang benderang. Dalam erti kata lain, cahaya terlalu terang dan kuat. Kalau ambil pun gambar senang nak Overexposure. Terlalu terang atau cerah. Tambah pulak kalau sapa yang duduk kat Kuala Lumpur ni agak jarang dapat lihat langit yang cukup biru seperti di Pulau Tioman atau Langkawi.

Tak akan nak balik rumah atau tunggu petang. Tak pun nak tunggu cahaya matahari gelap sikit. Buang masa je kan.

Jadi, jalan penyelesaiannya kita pergilah kekawasan yang teduh seperti dalam taman, bawah rumbunan pokok-pokok, pondok atau rumah yang nampak unit atau sesuai untuk sesi pengambaran kita. Yang penting kita berteduh dari cahaya matahari yang terlalu terang.

Sebagai contohnya, saya telah mengambil gambar ditaman yang banyak pokok-pokok tinggi yang rendang dan redup. Oleh itu kita tidak perlu terlalu risau dengan pencahayaan yang terlalu terang. Gunakan cahaya semula jadi untuk menerangi model kita.










Note: Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti gambar tidak berapa bagus. sila layari http://www.flickr.com/photos/syahphoto untuk melihat kuali gambar yang lebih bagus.

No comments:

Post a Comment