Thursday, November 18, 2010

DIY | Mini Studio For Baby

Kalau nak buat studio betul-betul kos tinggi. Jadi kita buat DIY studio sendiri tapi yang ini untuk baby. Kecil je jadi senang nak buat.

Bahan-bahannya ialah:
1. Lighting
- Speedlight (contoh: SB600)
- Umbrella / softbox
- Stand

2. Backdrop
- 5-in-1 Collapsible OVAL Reflector.



Cara-caranya:
1. Letak la umrella/softbox and speedlight tu kat stand dan pastikan cahaya tu nanti bounce ke arah subject/model kita. Pastikan juga kita meletakkan flash stand tu dijarak yang sesuai agar subject/model kita akan mendapatkan cahaya yang mencukupi.

2. Ambil 5-in-1 Collapsible OVAL Reflector dan gunakan bahagian yang berwarna putih atau hitam. Untuk contoh ini saya guna warna putih.

3. Baringkan reflector separuh dan separuh lagi biarkan menegak untuk mendapatkan lantai berwarna putih dan backdrop warna putih.

4. Letakkan baby anda diatas reflector dan gayakan bayi anda mengikut gaya anda.

Hasilnya seperti ini.



Camera: Nikon D80
ISO: 800 (ada banyak noise)
Shutter Speed: 1/80 sec
Aperture: f11
Focal Lenght: 50mm


Note: Gambar ini telah di download semula dari flickr account. Oleh itu mungkin kualiti gambar tidak berapa bagus. sila layari http://www.flickr.com/photos/syahphoto untuk melihat kuali gambar yang lebih bagus.

1 comment:

  1. wah!kreatif!kreatif! comey bonar anak-anakmu...kirim salam kat ima..salam raya aidiladha untuk kamu sekeluarga..=)

    ~ Vee and Azmie ~

    ReplyDelete