Wednesday, November 10, 2010

Wedding Planner Service | Aturcara Majlis

Adakah majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar atau lintang pukang?


Saya kerap melihat suasana dimana perjalanan majlis perkahwinan menjadi kelam-kabut dan tidak tersusun.

Ada satu pengalaman saya dimana saya melihat rombongan pengantin lelaki terutama ayah dan ibu pengantin lelaki telah makan dahulu sewaktu anaknya sedang bersanding di atas pelamin. Pihak atau ahli keluarga perempuan tiada seorang pun yang pergi memberi arahan untuk memberi tahu kepada rombongan pengatin lelaki untuk makan kemudian ketika sesi Makan Beradap bersama-sama pengantin yang tempat yang telah disediakan. Jadi, bila perkara ini berlaku, kurang cantiklah perjalanan masjlis perkahwinan ini. Rombongan pengantin lelaki kena makan sekali lagi bersama-sama pengantin.

Tetapi perkara yang biasa kita lihat adalah pengantin lelaki dan perempuan tidak tahu apa perkara seterusnya yang harus mereka lakukan. Ahli keluarga terlalu sibuk untuk menyambut tetamu, jaga anak-anak yang aktif bermain dan berlari-lari, menjaga makanan dan bermacam-macam lagi dan mungkin juga mereka kurang arif tentang protokol majlis perkahwinan.

Jadi apa yang berlaku adalah pengantin akan teragak-agak untuk meneruskan perkara lain yang menyebabkan pengantin menjadi gusar tentang perjalanan majlis perkahwinan mereka.

Selain itu, susun atur perjalanan masjlis kerap kelihatan longgar. Sebagai contohnya, bermulanya pengantin lelaki melangkah kekawasan rumah atau dewan majlis perkahwinan, kelihatan teragak-agak apa yang harus dilakukan.

Dimana harus pengantin mula berjalan, dimana harus pengantin perempuan harus menunggu, mana kumpulan kompang, mana kumpulan silat. selepas mula melangkah, nak berhenti dimana, nak bersilat dimana, kena ikut laluan mana dan laluan itu ada halangan atau tidak dan bermacam-macam lagi perlu difikirkan dengan pantas.

Sehinggalah menepung tawar. Sewaktu menepung tawar kerap kita lihat apabila MC memanggil ayah dah ibu pengantin untuk menepung tawar, mereka kadang-kadang entah dimana, ahli keluarga entah dimana lalu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut dan tidak tersusun. Akhirnya, timing masa menjadi satu perkara yang utama kerana jika terlalu lama sesi ini, sesi berikutnya seperti memotong kek, makan beradap dan sebagainya menjadi semakin lewat hingga tetamu semakin berkurangan dan pengantin semakin penat.

Oleh itu, kami mempunyai penyelesaian dari bermulanya pengantin lelaki hendak melangkah datang hinggalah tamatnya majlis perkahwinan mereka.

Kami menyediakan perkhimatan menjaga dan memastikan perjalanan perkahwinan anda teratur dan diingati selama-lamanya. Yang paling penting sekali, ahli keluarga tidak perlu kelam-kabut dan lintang-pukang menjaga aturcara dan susun atur majlis perkahwinan ahli keluarga mereka ketika hari persandingan itu.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
Nama: Shah Ahmad
No Tel: 012-280 6431
Email: shaharuddin.ahmad@gmail.com

Kami percaya akan memastikan aturcara majlis perkahwinan anda akan terkawal dan tersusun.

No comments:

Post a Comment